Saturday, September 12, 2009

Tembikai

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Di sebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Tembikai














Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik,
magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Pada masa kini, tembikai merupakan antara buah yang menjadi pilihan penggemar jus dan menjadi salah satu menu atau resipi wajib di kebanyakan restoran.Kandungannya yang kaya air memberi kesegaran terutama apabila dinikmati pada siang hari dengan cuaca yang panas. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Buah tembikai bukan sekadar enak dimakan malah juga mempunyai kelebihan dari sudut kecantikan untuk mengembalikan kesegaran dan keserian wajah. Nak tahu caranya?

BAHAN-BAHAN:
a. sepotong buah tembikai.
b. 1 sudu madu.
c. 1 sudu air limau nipis.

CARA MEMBUAT:
1. Buang biji tembikai dan ramas isinya.
2. Tambahkan dengan madu dan limau nipis. Gaul sebati.
3. Bersihkan wajah terlebih dahulu. kemudian sapukan ramuan tembikai tadi pada wajah.
4. Biarkan selama 15 minit sebelum dibasuh dengan bersih.

Sesiapa yang nak cuba cara ini amatlah dialu-alukan kerana kosnya yang murah berbanding dengan mendapat rawatan di kedai-kedai persolekan atau perawatan muka yang menjual produk serta servis yang mahal-mahal gila. Jadi, kepada sesiapa yang dah cuba tolong komen lah sama ada cara ini berkesan atau tidak! Terima kasih!

1 comment:

Roslan Daud said...

ha, banyak la nk suruh org cuba dulu..
patotnya penulis ni yg kena cuba dulu. baru adil la..
hahaha...