Friday, January 28, 2011

Kesakitan sendi & otot!

Dua tiga hari mengalami kesakitan sendi dan otot seluruh badan yang amat sangat. Sehingga batuk-batuk, gelak tawa, naik tangga, dan pergerakan besar pun tak boleh. Tahu tak apa puncanya? jeng3....

Ini berpunca daripada bermain badminton atas jemputan kawan di Keramat AU5 pada hari Rabu yang lalu. Kita bermain secara beregu dari pukul 10 malam hingga 12 pagi selama 2 jam.

Dalam permainan, pelbagai gelaran telah saya dengar seperti Yap Kim Hock, Lee Chong Wei dan lain-lain. Ini mungkin gara-gara daripada setiap pasangan beregu yang berlawan dengan kita akan kalah tidak kira saya berpasangan dengan siapa pun. Saya nak jelaskan sebenarnya saya tak sehebat mana pun.

Kalau urut dekat bahagian yang sakit, mesti rasa sedap sangat! Tertidur pun akan jadi segar semula... hehe... Anda setuju tak?

Monday, January 24, 2011

Special Day!

Hari ini berlainan dengan hari yang lain kerana saya telah lakarkan sejarah baru dalam hidupku. Saya akan hargainya selagi yang mampu! Tidak akan kurang walau sedikit pun melainkan semakin tambah!

Friday, January 21, 2011

Tidak seperti dulu lagi... Semuanya telah berubah!

Inilah tajuk facebook saya hari ini...
Mungkin saya fikir terlalu banyak...
Kadang-kala kekeliruan inilah muncul secara tiba-tiba...
Kurang pasti dan yakin sudah...
Yang penting saya dalam keadaan kurang selesa secara bersendirian...

Wednesday, January 19, 2011

Bengang!

Mood hari ini hancur serta-merta...

Apa salah aku lagi ni? Layan baik pun tak ada yang hargai dan sebaliknya dijadikan kesilapan kita pula.

Malas sungguh nak layan lain kali.

Amat sedih....

Sampai bila anda nak menipu diri ini?
Bukannya pertama kali pun dan anda tak serik-serik juga.
Apa yang anda carikan sebenarnya?
Adakah diri ini tidak cukup baik sehingga anda sanggup melakukan semua ini?

Hati kurang sedap...


Kenapa aku yang harus dijadikan sasaran anda untuk menengking dan marah?

Kenapa anda harus sentiasa meninggikan suara kepadaku?


Apakah aku selalu membuat kesilapan sehingga demikian jadinya layananmu?

Apakah kesabaranmu makin berkurangan kebelakangan ini?


Walaupun aku tak melawan apa-apa, tetapi hati ini terasa dan menangis di dalamnya.


Hanya kesabaran diberikan dan mendiamkan diri menjadi pilihan utamaku.


Minta maaf-maaf segalanya yang berlaku dan telah menguji kesabaranmu. Semua ini adalah tidak disengajakan.

Sunday, January 16, 2011

~Hari yang cukup penat~

Hari ini banyak sungguh perkara telah dilakukan antaranya:-

1. Drive balik dari Sungai Renggit, Kota Tinggi ke Kuala Lumpur.

2. Menjamu selera di Johnny Restaurant, Jusco AU2 sebab Secret Recipe tidak dpt dicari.
3. Menonton Wayang Khurafat di One Utama.

4. Berjalan-jalan di One Utama.

5. Meraikan hari jadi Ridhuan yang ke-13 di rumah.

Cerita sikit pasal wayang ini:-











Release Date: 13 January 2011
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Horror
Running Time: 1 Hour 20 Minutes
Director: Syamsul Yusof
Cast: Fauziah Nawi, Latif Borgiba, Liyana Jasmay.

Synopsis: "Khurafat" begins with Johan (Syamsul Yusof), a young man working as an assistant in a government hospital. He is a married man who has a wife named Aishah (Liyana Jasmay). The newlyweds are leading a peaceful life when suddenly they find themselves besieged by a weird creature. The presence of a mysterious old woman, together with the sudden emergence of Johan's ex-girlfriend Anna (Sabrina Ali) add to the mystery. Anna is always disturbing Johan even though she knows Johan is now with Aishah.

(Source: Cinema Online)


p/s: Memang tak rugi tengok wayang sebab menjadi babak mengejutnya. Kira cukup seram sebab terlompat mengejut beberapa kali walaupun nampak badan ini besar tapi hatinya penakut cikit. hahaha... malu pula nak sebut... :P ... Kiranya berbaloi lah walaupun kepenatan yang amat sangat.

ESOK HARI ISNIN, KERJA SEMULA... MALASNYA!!!!

Saturday, January 15, 2011

Apakah hobi anda?

Hari ini terbaca artikel pasal Hobi Ideal Lelaki Dunia seperti di bawah:-

Dunia Lelaki: 10 hobi ideal lelaki
Oleh Fairuz Zaidan

2011/01/15



Tonjol potensi diri, isi masa lapang dengan kegiatan berfaedah
ASYIK memberi tumpuan pada urusan kerja, tiba masanya jejaka melakukan perubahan dalam hidup. Apa kata teroka aktiviti baru yang mampu mengisi masa selain meningkatkan potensi diri. Seperti aktiviti bersukan, hobi juga sebenarnya mampu membezakan jejaka dengan individu lain.
Jejaka yang mempunyai hobi pasti memiliki karektor tersendiri, lebih sensitif serta dilihat lebih berdisiplin dan tekun berbanding individu lain yang mungkin tidak mempunyai sebarang minat.

Dengan adanya hobi, lelaki pasti bersemangat dalam meniti hari kerana menemui cinta baru. Bertolak dari sini, lelaki juga mampu melihat kehidupan dengan perspektif berbeza malah mendorong mereka menjadi insan lebih baik dan produktif kerana merasakan kehidupan lebih sempurna.


Minggu ini, XY - Ikon Lelaki menjengah idea hobi popular yang boleh menjadi pilihan jejaka bagi mengisi masa terluang. Mari kita lihat pilihan hobi terbaik untuk lelaki...

1. Mentor
Ini mungkin hobi terbaik! Tidak salahnya lelaki bertindak sebagai mentor dengan memberi khidmat bimbingan kepada golongan muda. Tidak perlu mengeluarkan sumber kewangan yang banyak, sumbangan boleh dibuat secara individu atau pertubuhan sukarela di tempat anda. Inilah masanya untuk anda menyumbang sesuatu yang bernilai kepada masyarakat.

2. Tubuhkan kelab hobi
Banyak cara boleh dilakukan untuk membentuk kenalan baru melalui hobi. Mahu berbeza daripada penubuhan kelab kereta atau motosikal yang sudah terlalu umum, apa kata anda tubuhkan kelab hobi jenama pakaian, koleksi kasut atau jam tangan klasik sebagai permulaan.
Mana tahu, anda beroleh laba kerana dapat menjual koleksi barangan anda kepada peminat lain.

3. Kumpul lukisan
Walaupun terpaksa berbelanja sebagai modal membeli lukisan, siapa tahu hobi ini mampu membuka peluang perniagaan kepada jejaka kreatif. Mana tidaknya, selain menjadikan lukisan sebagai pelengkap hiasan rumah, hobi ini boleh menjadi satu perniagaan tambahan - lebih-lebih lagi jika anda mengumpul lukisan pelukis tersohor. Semakin meningkat usia koleksi lukisan anda, lebih bertambah nilainya!

4. Jadi jurulatih
Anda berbakat dalam sukan? Mungkin sukan renang atau futsal, inilah masanya untuk mengembangkan hobi ini sebagai sumber pendapatan baru sebagai jurulatih. Selain dapat berkongsi pengalaman dalam sesuatu acara sukan, siapa sangka bakat terpendam anda mampu melahirkan jagoan baru?

5. Memancing
Biarpun hobi ini dianggap normal, anda masih boleh mempelbagaikan aktiviti termasuk mengadakan rombongan memancing di kawasan yang jarang diteroka sebelum ini sebagai suatu kelainan. Anjurkan pula acara sampingan bagi menambah keseronokan.

6. Beli belah di laman maya
Siapa kata perempuan saja kaki shopping, lelaki boleh melakukannya di laman maya yang menawarkan 1,001 pilihan barangan secara online. Lihat saja beberapa laman web seperti www.mudah.my dan lelong.com.my yang boleh menjadi alternatif membeli belah dalam talian. Siapa sangka anda berpeluang memiliki jam tangan Tag Heuer atau kasut Louis Vuitton pada harga murah!

7. Bikin kereta
Hobi paling digemari jejaka! Mengapa tidak, lelaki sanggup meluangkan lebih banyak masa bersama kereta termasuk menambah aksesori kenderaan hingga sanggup berlapar. Pantang trend terkini, ada saja yang ingin diganti atau ditambah termasuk sport rim, pelekat kereta, lampu dan dan alas karpet kenderaan sekalipun.

8. Muat turun filem
Inilah dikatakan gaya hidup zaman moden. Lelaki urban tidak lagi cenderung menonton filem terkini di pasaran atau membeli DVD. Ini kerana dengan teknologi maya sedia ada, mereka mampu memuat turun filem kegemaran. Lebih murah dan mudah, aktiviti ini menambahkan lagi koleksi peribadi mereka.

9. Sukan Paintball
Biarpun sakit dan mendebarkan, aktiviti sukan paintball terus hangat sebagai sukan ekstrem kegemaran jejaka. Setiap minggu, aktiviti inilah yang dilakukan. Sukan ini juga mampu meredakan tekanan kerja serta membentuk pemikiran strategik anda.

10. Blog
Terlalu banyak idea? Apa kata ilhamkan kreativiti yang anda miliki dengan menubuhkan satu blog khas untuk anda curahkan apa saja perkara yang difikirkan wajar untuk dikongsi bersama orang lain. Tidak kiralah blog berkisar hobi, idea menjana pendapatan, kongsi pengalaman atau apa saja bahan boleh dipaparkan melalui laman blog.
Anda pasti mempunyai peminat kelak!

Apakah pendapat anda? Apakah hobi ideal anda?

P/S: takde ker jadi jutawan? haha...




Friday, January 14, 2011

YeehAA!!!


Pada pagi yang ceria ini, kita menuju ke Kota Tinggi, Johor pula selepas disekat untuk balik malam tadi kerana hujan dan kepenatan. Esok kalau balik nak singgah di Melaka pula untuk berjalan-jalan (lawatan sambil belajar kononnya - lama sungguh tak dengar ayat ini). :P

Balik Kampung

Hari ini bersamaan 14.01.2011 ingatkan nak balik kampung ke Johor lepas kerja. Akan tetapi masa balik kerja hujan ribut sampai tak nampak jalan. Sampai rumah siap-siap mandi dan kemas barang dengan semangat nak balik kampung. Tiba-tiba petir dengan hujan lebat datang secara tiba-tiba dan kita bertiga berkurung di rumah sahaja tunggu hujan perlahan sikit. Dalam pukul 8.30 malam, kita mula bergerak dan meletakkan barang-barang dalam kereta walaupun di luar masih hujan lagi. Selepas itu, kita bertolak isi minyak di Stesen Minyak Petronas Keramat AU dan bergerak pula ke Jusco AU2 untuk menjamu selera di KFC. Masa makan, tengok jam sudah 9.40 malam, kata saya balik esok pagi-pagi sahaja sebab nanti sampai sana mesti sudah pukul 2 pagi dan rasa penat serta mengantuk. Oleh demikian, selepas makan kita pun bertolak balik ke rumah di Taman Keramat Permai semula dan sambung facebooking. Kalau rajin nanti buatlah artikel sikit-sikit tapi kerja ofis pun tak siap-siap lagi makin banyak yang tertunggak pula. E-mail melambak masuk sampai tak mampu nak kejar sudah sebab e-mail minggu lepas pun belum saya habis baca lagi apalagi untuk minggu ini??? Derita dan seksanya... Huhu

Tuesday, January 11, 2011

Terima Kasih Mak!



Layananmu akan sentiasa diingati,


Jagaanmu akan sentiasa dihargai,


Kata-katamu akan sentiasa dikenangi,


Senyumanmu akan sentiasa dibayangi,


Jasamu akan sentiasa disanjungi.


Khas untuk mak yang kusayangi walaupun bukan kandung, Rosiah binti Karim kerana anda telah menganggap diri ini sebagai anak kandung juga… Tiada bezanya katamu. Terima Kasih mak… Semoga dapat sembuh secepat mungkin dan kita semua menanti keceriaanmu kembali. Doakan banyak-banyak mak di sini.