Friday, September 11, 2009

Cinta dekat VS Cinta Jauh

Hari ini dalam perjalanan balik kerja, radio kegemaran saya - HOT FM ~ LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA telah membincangkan pasal topik berbunyi ini: CINTA DEKAT DENGAN CINTA JAUH, APA KOMEN ANDA? Dalam ramai-ramai pendengar yang menelefon masuk, semua pun kata begini, cinta jauh kurang gaduh dan rasa rindu adalah amat tinggi manakala cinta dekat hari-hari berlaku bertengkar atau bergaduh dengan pasangan. Adakah anda pun merasa begini? Keadaan ini pun berlaku pada diri anda?





Bagi pendapat saya, cinta jauh memang mendatangkan satu perasaan rindu yang amat sukar untuk diungkapkan dalam perkataan! Susah sangat kita nak terangkan melainkan kita mengalaminya! Maaflah, bagi saya kes bertengkar antara pasangan boleh berlaku di mana sahaja dan bila sahaja, tidak kena-mengena dengan cinta jauh ker dekat! Mungkin sesetengah pasangan akan mengalami kecurangan atau main kayu dua dalam percintaan jarak jauh mereka disebabkan oleh kekurangan kawalan antara pasangan! Inilah masanya untuk menguji betapa utuhnya cinta pasangan tersebut, kesetiaan pasangan itu, dan sebagainya! Jadi, harap-harap semua pasangan yang jatuh dalam golongan cinta jarak jauh ini dapat juga bahagia seperti cinta jarak dekat sebab kurang berjumpa.


Bagi cinta jarak dekat pula, memanglah pertengkaran akan berlaku lebih kerap berbanding dengan cinta jarak jauh disebabkan frekuensi perjumpaan mereka adalah lebih banyak. Jadi, harap bersabarlah kepada pasangan anda jika anda berada di golongan cinta jarak dekat... huhu...

Jadi, apa pendapat anda terhadap topik ini?

2 comments:

Roslan Daud said...

in my opinion (frasa yang kena guna untuk jawab MUET! hahahaha)Lan rasa dua-dua sama jika pasangan pandai mengawal. Tidak kira jauh atau dekat, pergaduhan memang akan berlaku. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan bercinta? tak bestlah jika bercinta tak gaduh2,hahahaha coz nanti tak nampak la sayang kita tuh sayang sangat2 kat kita. kan? hahaha

Xtreme_O2 said...

Frasa tu dah outdated lah! tlg pikir frasa yg lain k! "tak bestlah jika bercinta tak gaduh2,hahahaha coz nanti tak nampak la sayang kita tuh sayang sangat2 kat kita. kan?" ini mesti dah biasa berlaku kat Lan ni!