Wednesday, February 9, 2011

Layang-layang terus melayang!

Saya bagaikan layang-layang yang putus benangnya dan jatuh tanpa arah!
Hidup ini memang penuh dengan cabaran, tujuan, makna, maklamat, dan sebagainya.
Tapi jujurnya saya tidak berdaya lagi untuk mengharungi semua ini.
Semakin hari saya rasa semakin lemah. Apa tandanya?

Apapun, harap anda semua dapat hidup dengan sempurna dan lakarkan hidup anda dengan warna-warni serta kebahagiaan tapi bukan untuk saya.

GOOD LUCK!

Friday, February 4, 2011

Salah satu Memori 2010

Hari ini tertiba ingat akan detik-detik semasa kerja dan lawatan di Korea Selatan pada hujung bulan Oktober 2010 (sebab itu gambar di blog bertukar seketika)... hehe

Memori-memori yang dikenang:-
1. Makanan
2. Orang Tempatan
3. Pengangkutan - KTX Train dan bus awam
4. Tempat Pelancongan
5. Hotel Penginapan
6. Cenderamata
7. Cuaca.
8. Dll.

Harap maklum ini adalah kali ketiga pijak kaki di luar negara iaitu Singapura (masa darjah 5 & 6), Taiwan (2008), dan Korea (2010). Destinasi seterusnya tidak tahu lagi kerana tiada perancangan yang diketahui lagi. Cuaca sejuk/salji yang bakal menjelang di Korea cukup mencabar ketahanan fizikal saya pada masa itu. Masih ingat lagi ada satu hari adalah bawah 8 deg C dan tubuhku hampir membeku apabila berjalan di luar tambahan pula angin kencang yang tiup sering menemani. Kejadian ini membuatku terpaksa menelefon keluarga yang berjauhan itu untuk mengadu atas keadaan itu dan tidak bertahan lagi. Rasanya kalau musim sejuk atau salji, saya yakin tidak mampu bertahan dan sesuaikan diri walaupun sehari... Huhu... Pengalaman baru yang betul-betul mencabar naluri, fizikal, mental, dan emosi diri!