Friday, September 11, 2009

1st time masuk wad sejak lahir!

Selepas sakit perut yang berlanjutan dan berat badan menurun sebanyak 7 kilo, akhirnya doktor panel syarikat benarkan untuk berjumpa dengan specialist dekat Pantai Medical Centre, Bangsar apabila banyak kali meminta doktor panel berbuat demikian. Jadi, pada awal pagi 1hb September 2009, saya pun ajak Lan untuk temankan saya jumpa specialist tersebut tanpa pengetahuan keluarga. Apabila sampai di situ, saya pun daftarlah diri di kaunter dengan seorang jururawat yang agak tua dan suka membebel! Disebabkan oleh kesilapan teknikal (surat warranti tak dapat lagi dari ING), jadi dia pun membebel panjang lebar sehingga 30 mins baru saya berjumpa dengan doktor. Masuk dalam bilik doktor jer, doktor pun tanya lah kenapa dengan saya ni? Saya pun kata apa yang berlaku sebelum ini... Tiba-tiba dia lontar 1 soalan yang saya takut amat sangat, SAYA NAK AWAK MASUK WAD SEKARANG BOLEH TAK? Saya pun jawab tak boleh dan bagi saya sedikit masa untuk menyiapkan kerja saya kat office dulu sebab ada exam BAHASA JEPUN pada hari kemudiannya. Atas tolak-ansur dia, dia pun bagi kelulusan itu untuk masuk wad untuk 2 test - Gastrological dan Colonogical pada 3hb September! Dia pun bagi lah ubat (2 paket serbuk untuk diminum dengan air biasa) untuk membersihkan perut dan usus sehingga tiada benda dalam tu. Tambahan pula, tidak boleh makan apa-apa makanan selepas 1 petang pada hari sebelum masuk wad. Selepas makan ubat itu, saya rasa sakit perut sangat-sangat dan ulang-alik ke tandas jer sampai belasan kali walaupun tengah malam. Agak perit rasanya...

Pada awal pagi 3 hb September, saya pun pergi hospital seorang dengan perasaan yang gementar. Saya pun disuruh untuk daftarkan diri di kaunter masuk wad, isi-isi borang (biasalah prosedur dia). Selepas itu, saya disuruh untuk timbang berat badan, deng deng deng.... 71.30 kg berat masa itu....hahaha... tekanan darah juga diukur 130 dan 94 bacaannya (amat tinggi kan?). huhu... Selepas itu, saya pun disuruh baring dekat katil No. 8 dan saya disuntik di tangan sebelah kiri. Agak sakit perasaan itu tapi saya menahan jer, apa boleh buat kan? huhu...














Kemudiannya, saya ditolak ke bilik pengesanan untuk menjalani 2 ujian tersebut. Jururawat pun bagi lah suntikan satu lagi, sembur satu jenis ubat bius dalam kerongkong saya (pahit rasanya) dan akhirnya bagi saya hidu satu jenis ubat, saya pun pengsan terus! Jadi, mereka pun mula lah menjalani ujian itu. Rasanya mengambil masa 15 minit jer kot, tapi bila saya sedarkan diri dah 2 jam selepasnya. hahaha... tu pun sedar dalam keadaan yang pening-pening sebab ubat itu tak hilang lagi. Saya pun pandang sekeliling dalam wad tu, nampak ada satu sampul surat dan sekeping CD. Saya pun buka lah sampul surat itu, berita baiknya perut dan usus saya adalah NORMAL! Tapi, CD tu tak boleh nak dibuka sebab format yang berbeza! huhu... Selepas itu, saya pun tunggu lah kat katil untuk menunggu doktor datang terangkan dan beri kebenaran balik rumah! Agak lama menunggu masa itu, doktor pun datang lah akhirnya dan dia kata semuanya normal dan tak ada apa-apa... Alhamdulillah... hahaha... Jururawat itu pun tolong cabutkan jarum itu dari tangan saya dan akhirnya tangan saya jadilah begini...

Dalam pukul 3 petang, saya pun pulang ke rumah dah...

Pengajarannya: Kesihatan kita amatlah penting bukannya hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang yang kesayangan kita juga! Jadi kenalah kita jaga kesihatan sendiri elok-elok, usahlah biar orang yang kita sayang dan rapat risau dekat kita! KESIHATAN ADALAH ASET YANG PALING PENTING DALAM HIDUP KITA! BUKANNYA WANG, RUMAH, KERETA... SEBAB KESIHATAN YANG BAIK TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN APA-APA PUN! Renung-renungkan, selamat beramah!

2 comments:

Roslan Daud said...

banyak la punya beramah!!! ni da terpengaruh dengan hot fm la ni!

Xtreme_O2 said...

haha... ckit2 lah, x byk pon...