Thursday, October 8, 2009

A STORY TO LIVE BY...

A STORY TO LIVE BY...


There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.

He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.
Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'


This is how the human brain often works when our status changes. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.

Life Is a Gift


Today


  • Before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
  • Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
  • Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.

Today

  • Before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.
  • Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.
  • Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.
  • Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.
And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.


And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and still around.


~ RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAH!

Monday, October 5, 2009

What Does Your Birth Date Mean?- Result

Born on the 21th.


You live life to the fullest and don't worry about tomorrow.

You like to be as independent as possible.

You confront obstacles in life by giving your best.

You are a beautiful person.

You are fun to be with.

Someone will fall in love with you for the intimacy and affection you tend to show.

Monday, September 28, 2009

CRAZY LIFE FACTS!


You were born on Friday



  • Since you were born has passed 24 years.

  • Since you were born has passed 291 months.

  • Since you were born has passed 1,265 weeks.

  • Since you were born has passed 8,865 days.

  • Since you were born has passed 212,778 hours.

  • Since you were born has passed 12,766,670 minutes.

  • Since you were born has passed 766,000,174 seconds.


Funny Facts:


  • Your heart beat 1,021,078,232 times.

  • Your hair grewn 364 cm.

  • You slept 70,920 hours.

  • You ate 9,840 kg. of food.

  • You drank 12,597 liters of liquid.

  • You walked 51,417,000 steps, about 17,092 km.

  • You blinked 136,166,400 times.

  • You farted 132,975 times, producing 399 liters of CO2 (carbon dioxide) and 310 liters of CH4 (methane).

  • You urinated 30,141 times, almost 12,854 liters.



Apa komen anda pasal angka-angka ni erk?

Friday, September 25, 2009

Menyambut Hari Raya di Penggerang, Johor!

"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja pada hari raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali dan melibatkan semua bangsa,"

Raya tahun ini disambut dengan cara yang amat berbeza sekali. Sebab apa? Sebab akhirnya saya dapat juga rasakan hidup di kampung. Harap maklumlah, saya ini memang asal dari Kuala Lumpur. Jadi, selama ini tak ada peluang lagi untuk saya berada di kampung selama 5 hari ini. Ini telah memberikan saya satu pengalaman baru dan luar biasa dalam hidup saya ini. Semua ini adalah atas jasa baik Roslan bin Daud, kawan baik saya! Alkisahnya seperti berikut:-

Pada hari Jumaat bersamaan 18 September 2009 (Ramadhan 28), saya dan Lan pun bertolak ke halaman kampungnya di Penggerang, Johor dalam jam 8.20 malam dari Kuala Lumpur dengan hidangan KFC yang sedap-sedap belaka dijadikan juadah berbuka hari itu. Ingat lagi, masa itu Kuala Lumpur masih hujan yang agak kuat tapi kita berjalan juga menghala ke Johor. Nasib baik lengang saje di Tol Sungai Besi, tak seperti yang dijangkan. Bagus sangat-sangat. Dalam perjalanan itu, kita ditemani dengan lagu-lagu raya yang direkodkan dalam CD. Semestinya lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad di dijadikan lagu pilihan begitu juga lagu-lagu raya daripada Siti Nurhaliza.

Kita mengambil masa selama 4 jam 30 minit untuk sampai ke halaman kampung Lan. Seperti yang dikatakan, Lan cakap tak nak tidur dalam perjalanan itu semata-mata untuk menemani saya memandu. Akhirnya, dapat juga Lan berbuat demikian. Tapi, saya tahu Lan memang mengantuk masa itu.

(Sahaja nak pendekkan cerita, saya cuba kongsi jer semua hasil gambar-gambar yang saya ambil masa raya bersama Lan jer)...

1) Buat pertama kalinya saya berbaju Melayu pada hari raya pertama dan ikut Lan beraya di rumah saudara dan kawan-kawannya! hehe... Rasa bangga pula tapi adalah malu-malu sikit mula-mulanya. Lama-lama OK juga lah dan baju itu warna kegemaran saya! haha... komen sikit boleh tak?





















2) Di Batu Layar bersama Lan selepas mandi pantai pada hari raya ketiga... Best sangat permandangan di situ! Suka arr....


3) Masa menikmati kelapa muda yang dipetik dan dikopek oleh Lan dengan PARANG! hehe... Sedap sangat... Nampak pakar jer Lan membukanya!


































4) Ini lah kuih raya yang keluarga Lan bagi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Banyak sangat ni... Semuanya sedap sangat-sangat! Terima kasih, keluarga Lan!


** Sebenarnya, ada banyak lagi gambar-gambar terutama shoting di Tanjung Kapal yang tak sempat saya nak uploadkan di sini sebab internet ada problem jer... huhu... HARAP MAAF tak dapat kongsi banyak-banyak dekat sini!




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk SEMUA KENALAN SAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Saturday, September 12, 2009

Tembikai

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Di sebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Tembikai














Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik,
magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Pada masa kini, tembikai merupakan antara buah yang menjadi pilihan penggemar jus dan menjadi salah satu menu atau resipi wajib di kebanyakan restoran.Kandungannya yang kaya air memberi kesegaran terutama apabila dinikmati pada siang hari dengan cuaca yang panas. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Buah tembikai bukan sekadar enak dimakan malah juga mempunyai kelebihan dari sudut kecantikan untuk mengembalikan kesegaran dan keserian wajah. Nak tahu caranya?

BAHAN-BAHAN:
a. sepotong buah tembikai.
b. 1 sudu madu.
c. 1 sudu air limau nipis.

CARA MEMBUAT:
1. Buang biji tembikai dan ramas isinya.
2. Tambahkan dengan madu dan limau nipis. Gaul sebati.
3. Bersihkan wajah terlebih dahulu. kemudian sapukan ramuan tembikai tadi pada wajah.
4. Biarkan selama 15 minit sebelum dibasuh dengan bersih.

Sesiapa yang nak cuba cara ini amatlah dialu-alukan kerana kosnya yang murah berbanding dengan mendapat rawatan di kedai-kedai persolekan atau perawatan muka yang menjual produk serta servis yang mahal-mahal gila. Jadi, kepada sesiapa yang dah cuba tolong komen lah sama ada cara ini berkesan atau tidak! Terima kasih!

Friday, September 11, 2009

Cinta dekat VS Cinta Jauh

Hari ini dalam perjalanan balik kerja, radio kegemaran saya - HOT FM ~ LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA telah membincangkan pasal topik berbunyi ini: CINTA DEKAT DENGAN CINTA JAUH, APA KOMEN ANDA? Dalam ramai-ramai pendengar yang menelefon masuk, semua pun kata begini, cinta jauh kurang gaduh dan rasa rindu adalah amat tinggi manakala cinta dekat hari-hari berlaku bertengkar atau bergaduh dengan pasangan. Adakah anda pun merasa begini? Keadaan ini pun berlaku pada diri anda?





Bagi pendapat saya, cinta jauh memang mendatangkan satu perasaan rindu yang amat sukar untuk diungkapkan dalam perkataan! Susah sangat kita nak terangkan melainkan kita mengalaminya! Maaflah, bagi saya kes bertengkar antara pasangan boleh berlaku di mana sahaja dan bila sahaja, tidak kena-mengena dengan cinta jauh ker dekat! Mungkin sesetengah pasangan akan mengalami kecurangan atau main kayu dua dalam percintaan jarak jauh mereka disebabkan oleh kekurangan kawalan antara pasangan! Inilah masanya untuk menguji betapa utuhnya cinta pasangan tersebut, kesetiaan pasangan itu, dan sebagainya! Jadi, harap-harap semua pasangan yang jatuh dalam golongan cinta jarak jauh ini dapat juga bahagia seperti cinta jarak dekat sebab kurang berjumpa.


Bagi cinta jarak dekat pula, memanglah pertengkaran akan berlaku lebih kerap berbanding dengan cinta jarak jauh disebabkan frekuensi perjumpaan mereka adalah lebih banyak. Jadi, harap bersabarlah kepada pasangan anda jika anda berada di golongan cinta jarak dekat... huhu...

Jadi, apa pendapat anda terhadap topik ini?

1st time masuk wad sejak lahir!

Selepas sakit perut yang berlanjutan dan berat badan menurun sebanyak 7 kilo, akhirnya doktor panel syarikat benarkan untuk berjumpa dengan specialist dekat Pantai Medical Centre, Bangsar apabila banyak kali meminta doktor panel berbuat demikian. Jadi, pada awal pagi 1hb September 2009, saya pun ajak Lan untuk temankan saya jumpa specialist tersebut tanpa pengetahuan keluarga. Apabila sampai di situ, saya pun daftarlah diri di kaunter dengan seorang jururawat yang agak tua dan suka membebel! Disebabkan oleh kesilapan teknikal (surat warranti tak dapat lagi dari ING), jadi dia pun membebel panjang lebar sehingga 30 mins baru saya berjumpa dengan doktor. Masuk dalam bilik doktor jer, doktor pun tanya lah kenapa dengan saya ni? Saya pun kata apa yang berlaku sebelum ini... Tiba-tiba dia lontar 1 soalan yang saya takut amat sangat, SAYA NAK AWAK MASUK WAD SEKARANG BOLEH TAK? Saya pun jawab tak boleh dan bagi saya sedikit masa untuk menyiapkan kerja saya kat office dulu sebab ada exam BAHASA JEPUN pada hari kemudiannya. Atas tolak-ansur dia, dia pun bagi kelulusan itu untuk masuk wad untuk 2 test - Gastrological dan Colonogical pada 3hb September! Dia pun bagi lah ubat (2 paket serbuk untuk diminum dengan air biasa) untuk membersihkan perut dan usus sehingga tiada benda dalam tu. Tambahan pula, tidak boleh makan apa-apa makanan selepas 1 petang pada hari sebelum masuk wad. Selepas makan ubat itu, saya rasa sakit perut sangat-sangat dan ulang-alik ke tandas jer sampai belasan kali walaupun tengah malam. Agak perit rasanya...

Pada awal pagi 3 hb September, saya pun pergi hospital seorang dengan perasaan yang gementar. Saya pun disuruh untuk daftarkan diri di kaunter masuk wad, isi-isi borang (biasalah prosedur dia). Selepas itu, saya disuruh untuk timbang berat badan, deng deng deng.... 71.30 kg berat masa itu....hahaha... tekanan darah juga diukur 130 dan 94 bacaannya (amat tinggi kan?). huhu... Selepas itu, saya pun disuruh baring dekat katil No. 8 dan saya disuntik di tangan sebelah kiri. Agak sakit perasaan itu tapi saya menahan jer, apa boleh buat kan? huhu...














Kemudiannya, saya ditolak ke bilik pengesanan untuk menjalani 2 ujian tersebut. Jururawat pun bagi lah suntikan satu lagi, sembur satu jenis ubat bius dalam kerongkong saya (pahit rasanya) dan akhirnya bagi saya hidu satu jenis ubat, saya pun pengsan terus! Jadi, mereka pun mula lah menjalani ujian itu. Rasanya mengambil masa 15 minit jer kot, tapi bila saya sedarkan diri dah 2 jam selepasnya. hahaha... tu pun sedar dalam keadaan yang pening-pening sebab ubat itu tak hilang lagi. Saya pun pandang sekeliling dalam wad tu, nampak ada satu sampul surat dan sekeping CD. Saya pun buka lah sampul surat itu, berita baiknya perut dan usus saya adalah NORMAL! Tapi, CD tu tak boleh nak dibuka sebab format yang berbeza! huhu... Selepas itu, saya pun tunggu lah kat katil untuk menunggu doktor datang terangkan dan beri kebenaran balik rumah! Agak lama menunggu masa itu, doktor pun datang lah akhirnya dan dia kata semuanya normal dan tak ada apa-apa... Alhamdulillah... hahaha... Jururawat itu pun tolong cabutkan jarum itu dari tangan saya dan akhirnya tangan saya jadilah begini...

Dalam pukul 3 petang, saya pun pulang ke rumah dah...

Pengajarannya: Kesihatan kita amatlah penting bukannya hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang yang kesayangan kita juga! Jadi kenalah kita jaga kesihatan sendiri elok-elok, usahlah biar orang yang kita sayang dan rapat risau dekat kita! KESIHATAN ADALAH ASET YANG PALING PENTING DALAM HIDUP KITA! BUKANNYA WANG, RUMAH, KERETA... SEBAB KESIHATAN YANG BAIK TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN APA-APA PUN! Renung-renungkan, selamat beramah!

Thursday, September 10, 2009

1 Malaysia 31082009 jln2 cari makan @ Melaka!!!

Pada kemerdekaan Malaysia yg ke-52 ini, sambutan tahun ini di ibu kota KL amat dingin sebab diserang influanza A (H1N1). Pihak kerajaan tidak menggalakkan menghimpunkan org ramai untuk mencegah penyebaran penyakit tersebut semata-matanya. Harap maklum lah, hari itu adalah cuti umum seluruh Malaysia, jadi cuti-cuti Malaysia memanglah kegemaran saya sebab saya adalah seorang yang suka melancong dan menerokai dunia baru. Daripada perancangan awal-awal saya nak pergi Bukit Tinggi, Pahang dengan seorang yang amat rapat dengan saya buat masa kini, Roslan namanya atau Lan jer. Tetapi, atas cadangan dia yang lain, Melaka lah yang kita pilih sebab sebelum ini telah menjanjikan dengan dia. So, pada hari tersebut kita bertolak seawal 9.30 pagi dari KL, sampai exit tol Ayer Keroh dalam 10.30 pagi. Sejam sahaja perjalanan kita sampai Bandar Bersejarah, Melaka. Cepatkan? Sebab mungkin ada perasaan nak sampai cepat ke destinasi kita kot... hehe...

Sebaik sahaja sampai di Bandar Bersejarah Melaka, kita pun pusing-pusing dekat situ semata-mata nak cari tempat pelancongan. Agak lama kita pusing sebab tak berapa tahu jalannya. Tapi mujurnya kita dapat cari juga dan ini lah destinasi pertama kita kunjungi - Muzium Samudera! Dengan bayaran sebanyak RM 3 untuk dewasa, kita pun dapat tiket masuk untuk mengunjunginya. Tapi masa itu jurutiket itu menghulurkan seorang satu plastik, dan kita pun tertanya-tanya untuk apa plastik bag itu? Rupanya, ia adalah untuk simpan kasut kita sebelum menjejaki masuk muzium itu. Ingat lagi pada masa itu mulalah Lan membuat bising sebab takut kasutnya yang baru beli seri menawan itu hilang pula. Saya pun cari tempat yang paling selamat untuk dia simpan hartanya yang tersayang. Harap maklumlah, Melaka adalah bandar bersejarah, jadi dalam muzium ini menggambarkan semua alkisah dan sejarah kejatuhan Melaka kepada Portugis. Ramai tokoh-tokoh yang terkemuka telah diperkenalkan. Amat sesuai untuk budak sekolah mengunjungi tempat ini. Sempat lagi kita berdua mengambil gambar-gambar di situ tanpa bantuan orang lain sebab pakai timer kamera. hehe...












Dan ini gambar berseorangan pula yang diambil oleh jurugambar profesional Lan. yahooo...
Selepas itu, kita berdua pun berjalan kaki ke kedai-kedai depan muzium untuk mencari baju kenangan Melaka, dapat juga saya beli dua helai untuk adik Lan. hehe... Kemudiannya, kita pun bergerak ke Christ Church bawah matahari yang terik sambil basah badan. Akhirnya, kita sampai juga di Jalan Merdeka pada hari merdeka ini... memang kebetulan sungguh! Di hadapan Church ini, amat meriah sekali. Terdapat ramai penunggang beca yang sedang menunggu penumpang (tidak kesampaian untuk menaiki beca), ular sawa untuk dipeluk, kedai-kedai menjual barang cenderamata. Dekat sana, kita pun cari lah baju kenangan kita berdua. Lan telah pilih I see, I feel, I enjoy! Saya pula E=MC2... dengan harga dua helai RM50 selepas kepandaian saya untuk tawar-menawar dengan bos itu bukan pekerjanya. hehe.


Destinasi seterusnya kita pun berjalan kaki ke Kota A' Famosa yang berada di agak jauh. Dalam masa persekolahan, banyak pula tengok gambar kota itu tapi belum sempat lagi bergambar depan kota itu. Sekarang hasrat pun dah kesampaian. huhu... Agak memenatkan juga untuk memanjat tangga yang amat banyak semata-mata nak naik ke atas bukit itu untuk tengok permandangan dan kubur (harap maklum lah kita berdua berpuasa). Terdapat banyak pelukis yang taulan berniaga untuk menjual hasil karya mereka yang sangat menarik sampai kita berdua rasa kagum dengan pelukis tersebut. Pemandangan di atas bukit tersebut agak menarik juga, sebab dapat melihat Menara Berputar (malangnya Lan tak bagi naik), Eyes on Malaysia, bandar Melaka, dan Selat Melaka. Tapi, ambil gambar untuk jadi kenangan pun dah cukup lah... hehe...
Lepas itu, kita pun bergerak ke Dataran Pahlawan semata-mata nak cari kedai Big Apple untuk membeli donut kegemaran kita berdua. hehe... Selepas berpusing satu bangunan dan tanya orang yang bekerja dekat kaunter baru lah kita dapat cari! Nak buat aduan sikit lah, shopping centre sebesar itu tak ada peta langsung... Teruk tak? Sampai kita berdua sesat jer dalam tu. Inilah donut yang kita dapat beli, tapi malang tak berbau, sampai rumah donut itu dah cair semuanya... Lan pun membuat aduan juga. Kesian-kesian tapi boleh dimakan juga lah. Dalam pukul 3.30 petang, kita pun balik ke KL sudah...

Dalam trip ini, saya rasa amat menggembirakan sebab dapat jalan-jalan dengan Lan dan mengunjungi tempat yang sudah lama saya tak pergi. Kenangan yang indah telah Lan bagikan dekat saya buat seumur hidup ini sehingga gambar yang kita ambil telah hampir mencecah 250 keping. Thanks a lot Lan... sayang Lan! mmuah... hahahah...