Friday, September 25, 2009

Menyambut Hari Raya di Penggerang, Johor!

"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja pada hari raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali dan melibatkan semua bangsa,"

Raya tahun ini disambut dengan cara yang amat berbeza sekali. Sebab apa? Sebab akhirnya saya dapat juga rasakan hidup di kampung. Harap maklumlah, saya ini memang asal dari Kuala Lumpur. Jadi, selama ini tak ada peluang lagi untuk saya berada di kampung selama 5 hari ini. Ini telah memberikan saya satu pengalaman baru dan luar biasa dalam hidup saya ini. Semua ini adalah atas jasa baik Roslan bin Daud, kawan baik saya! Alkisahnya seperti berikut:-

Pada hari Jumaat bersamaan 18 September 2009 (Ramadhan 28), saya dan Lan pun bertolak ke halaman kampungnya di Penggerang, Johor dalam jam 8.20 malam dari Kuala Lumpur dengan hidangan KFC yang sedap-sedap belaka dijadikan juadah berbuka hari itu. Ingat lagi, masa itu Kuala Lumpur masih hujan yang agak kuat tapi kita berjalan juga menghala ke Johor. Nasib baik lengang saje di Tol Sungai Besi, tak seperti yang dijangkan. Bagus sangat-sangat. Dalam perjalanan itu, kita ditemani dengan lagu-lagu raya yang direkodkan dalam CD. Semestinya lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad di dijadikan lagu pilihan begitu juga lagu-lagu raya daripada Siti Nurhaliza.

Kita mengambil masa selama 4 jam 30 minit untuk sampai ke halaman kampung Lan. Seperti yang dikatakan, Lan cakap tak nak tidur dalam perjalanan itu semata-mata untuk menemani saya memandu. Akhirnya, dapat juga Lan berbuat demikian. Tapi, saya tahu Lan memang mengantuk masa itu.

(Sahaja nak pendekkan cerita, saya cuba kongsi jer semua hasil gambar-gambar yang saya ambil masa raya bersama Lan jer)...

1) Buat pertama kalinya saya berbaju Melayu pada hari raya pertama dan ikut Lan beraya di rumah saudara dan kawan-kawannya! hehe... Rasa bangga pula tapi adalah malu-malu sikit mula-mulanya. Lama-lama OK juga lah dan baju itu warna kegemaran saya! haha... komen sikit boleh tak?





















2) Di Batu Layar bersama Lan selepas mandi pantai pada hari raya ketiga... Best sangat permandangan di situ! Suka arr....


3) Masa menikmati kelapa muda yang dipetik dan dikopek oleh Lan dengan PARANG! hehe... Sedap sangat... Nampak pakar jer Lan membukanya!


































4) Ini lah kuih raya yang keluarga Lan bagi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Banyak sangat ni... Semuanya sedap sangat-sangat! Terima kasih, keluarga Lan!


** Sebenarnya, ada banyak lagi gambar-gambar terutama shoting di Tanjung Kapal yang tak sempat saya nak uploadkan di sini sebab internet ada problem jer... huhu... HARAP MAAF tak dapat kongsi banyak-banyak dekat sini!




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk SEMUA KENALAN SAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN!

5 comments:

Roslan Daud said...

suka tgk pic ngn buah klapa tuh..sama besar jer..
hua3...

jgn mare..

nti blh ikot blik lgi k..

tgu je ada cuti!

Xtreme_O2 said...

adeiii... perli konon. nk kata kepala ni besar la tu. huhu...

xmare pon sbb tu kenyataan. terima jer laa... wek2...

semestinya nnt nk ikot ag, jgn risau k. hehe... sbb best giler

ot2636 said...

waaaaaaaaaa...macam best jer ek beraya kat kg..sonok sakan la ek..ni la yang di katakan semangat SATU MALAYSIA...HEE HEE HEE,,anyway napa pilih kaler kuning baju melayu..x sesuai laaa..hee heehee..anyway look nice..

Xtreme_O2 said...

mmg semangat 1 MALAYSIA pon! semua org pon kata gtu! hahahah... terigt lak kata2 ANIM tu! hehe

Harap maklum lah, tu warna kegemaran saya K. hehe...

Lasykar Langit dan Bumi said...

kuning tu ok ape.. look nice on you... wah banyak nyer biskut... best2