Sebaik sahaja sampai di Bandar Bersejarah Melaka, kita pun pusing-pusing dekat situ semata-mata nak cari tempat pelancongan. Agak lama kita pusing sebab tak berapa tahu jalannya. Tapi mujurnya kita dapat cari juga dan ini lah destinasi pertama kita kunjungi - Muzium Samudera! Dengan bayaran sebanyak RM 3 untuk dewasa, kita pun dapat tiket masuk untuk mengunjunginya. Tapi masa itu jurutiket itu menghulurkan seorang satu plastik, dan kita pun tertanya-tanya untuk apa plastik bag itu? Rupanya, ia adalah untuk simpan kasut kita sebelum menjejaki masuk muzium itu. Ingat lagi pada masa itu mulalah Lan membuat bising sebab takut kasutnya yang baru beli seri menawan itu hilang pula. Saya pun cari tempat yang paling selamat untuk dia simpan hartanya yang tersayang. Harap maklumlah, Melaka adalah bandar bersejarah, jadi dalam muzium ini menggambarkan semua alkisah dan sejarah kejatuhan Melaka kepada Portugis. Ramai tokoh-tokoh yang terkemuka telah diperkenalkan. Amat sesuai untuk budak sekolah mengunjungi tempat ini. Sempat lagi kita berdua mengambil gambar-gambar di situ tanpa bantuan orang lain sebab pakai timer kamera. hehe...
Dan ini gambar berseorangan pula yang diambil oleh jurugambar profesional Lan. yahooo...
Selepas itu, kita berdua pun berjalan kaki ke kedai-kedai depan muzium untuk mencari baju kenangan Melaka, dapat juga saya beli dua helai untuk adik Lan. hehe... Kemudiannya, kita pun bergerak ke Christ Church bawah matahari yang terik sambil basah badan. Akhirnya, kita sampai juga di Jalan Merdeka pada hari merdeka ini... memang kebetulan sungguh! Di hadapan Church ini, amat meriah sekali. Terdapat ramai penunggang beca yang sedang menunggu penumpang (tidak kesampaian untuk menaiki beca), ular sawa untuk dipeluk, kedai-kedai menjual barang cenderamata. Dekat sana, kita pun cari lah baju kenangan kita berdua. Lan telah pilih I see, I feel, I enjoy! Saya pula E=MC2... dengan harga dua helai RM50 selepas kepandaian saya untuk tawar-menawar dengan bos itu bukan pekerjanya. hehe. Destinasi seterusnya kita pun berjalan kaki ke Kota A' Famosa yang berada di agak jauh. Dalam masa persekolahan, banyak pula tengok gambar kota itu tapi belum sempat lagi bergambar depan kota itu. Sekarang hasrat pun dah kesampaian. huhu... Agak memenatkan juga untuk memanjat tangga yang amat banyak semata-mata nak naik ke atas bukit itu untuk tengok permandangan dan kubur (harap maklum lah kita berdua berpuasa). Terdapat banyak pelukis yang taulan berniaga untuk menjual hasil karya mereka yang sangat menarik sampai kita berdua rasa kagum dengan pelukis tersebut. Pemandangan di atas bukit tersebut agak menarik juga, sebab dapat melihat Menara Berputar (malangnya Lan tak bagi naik), Eyes on Malaysia, bandar Melaka, dan Selat Melaka. Tapi, ambil gambar untuk jadi kenangan pun dah cukup lah... hehe...
Lepas itu, kita pun bergerak ke Dataran Pahlawan semata-mata nak cari kedai Big Apple untuk membeli donut kegemaran kita berdua. hehe... Selepas berpusing satu bangunan dan tanya orang yang bekerja dekat kaunter baru lah kita dapat cari! Nak buat aduan sikit lah, shopping centre sebesar itu tak ada peta langsung... Teruk tak? Sampai kita berdua sesat jer dalam tu. Inilah donut yang kita dapat beli, tapi malang tak berbau, sampai rumah donut itu dah cair semuanya... Lan pun membuat aduan juga. Kesian-kesian tapi boleh dimakan juga lah. Dalam pukul 3.30 petang, kita pun balik ke KL sudah...
Dalam trip ini, saya rasa amat menggembirakan sebab dapat jalan-jalan dengan Lan dan mengunjungi tempat yang sudah lama saya tak pergi. Kenangan yang indah telah Lan bagikan dekat saya buat seumur hidup ini sehingga gambar yang kita ambil telah hampir mencecah 250 keping. Thanks a lot Lan... sayang Lan! mmuah... hahahah...
9 comments:
memang best journey ke Melaka. Tapi hampa jugalah kerana Hang Tuah tak muncul2 dari persembunyiannya..
huhuhuh...
klu Hang Tuah dapat muncul, saya lah org pertama larikan diri dari situ sbb jumpa sesuatu... huhu
klu Hang Tuah dapat muncul, saya lah org pertama larikan diri dari situ sbb jumpa sesuatu... huhu
hahaha, dasar pengc**t! yap, do u think Hang Tuah still alive? thiking 1st...
roh dia masih alive lah... pe la lan ni.
yup, roh dia masih hidup n sedang berlegar2 di KL. tunggu, dia akan melawat u malam ni..hahaha
eeee... jshatnya lan... nasib baik i xkenal dia sgt & x rapat ngn dia langsung! so dia xkn ganggu i punya. tp ntah lah bg lan camne? sbb lan rindu dia selalu... huhu
xla..lan xrindu dialah.lan rindu kt org lain..hahahaha...
uik... sape yg Lan rindu ni?
Post a Comment