Hari ini tertiba ingat akan detik-detik semasa kerja dan lawatan di Korea Selatan pada hujung bulan Oktober 2010 (sebab itu gambar di blog bertukar seketika)... hehe
Memori-memori yang dikenang:-
1. Makanan
2. Orang Tempatan
3. Pengangkutan - KTX Train dan bus awam
4. Tempat Pelancongan
5. Hotel Penginapan
6. Cenderamata
7. Cuaca.
8. Dll.
Harap maklum ini adalah kali ketiga pijak kaki di luar negara iaitu Singapura (masa darjah 5 & 6), Taiwan (2008), dan Korea (2010). Destinasi seterusnya tidak tahu lagi kerana tiada perancangan yang diketahui lagi. Cuaca sejuk/salji yang bakal menjelang di Korea cukup mencabar ketahanan fizikal saya pada masa itu. Masih ingat lagi ada satu hari adalah bawah 8 deg C dan tubuhku hampir membeku apabila berjalan di luar tambahan pula angin kencang yang tiup sering menemani. Kejadian ini membuatku terpaksa menelefon keluarga yang berjauhan itu untuk mengadu atas keadaan itu dan tidak bertahan lagi. Rasanya kalau musim sejuk atau salji, saya yakin tidak mampu bertahan dan sesuaikan diri walaupun sehari... Huhu... Pengalaman baru yang betul-betul mencabar naluri, fizikal, mental, dan emosi diri!
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Friday, February 4, 2011
Friday, January 14, 2011
YeehAA!!!
Friday, September 25, 2009
Menyambut Hari Raya di Penggerang, Johor!
"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja pada hari raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali dan melibatkan semua bangsa,"
Raya tahun ini disambut dengan cara yang amat berbeza sekali. Sebab apa? Sebab akhirnya saya dapat juga rasakan hidup di kampung. Harap maklumlah, saya ini memang asal dari Kuala Lumpur. Jadi, selama ini tak ada peluang lagi untuk saya berada di kampung selama 5 hari ini. Ini telah memberikan saya satu pengalaman baru dan luar biasa dalam hidup saya ini. Semua ini adalah atas jasa baik Roslan bin Daud, kawan baik saya! Alkisahnya seperti berikut:-
Pada hari Jumaat bersamaan 18 September 2009 (Ramadhan 28), saya dan Lan pun bertolak ke halaman kampungnya di Penggerang, Johor dalam jam 8.20 malam dari Kuala Lumpur dengan hidangan KFC yang sedap-sedap belaka dijadikan juadah berbuka hari itu. Ingat lagi, masa itu Kuala Lumpur masih hujan yang agak kuat tapi kita berjalan juga menghala ke Johor. Nasib baik lengang saje di Tol Sungai Besi, tak seperti yang dijangkan. Bagus sangat-sangat. Dalam perjalanan itu, kita ditemani dengan lagu-lagu raya yang direkodkan dalam CD. Semestinya lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad di dijadikan lagu pilihan begitu juga lagu-lagu raya daripada Siti Nurhaliza.
Kita mengambil masa selama 4 jam 30 minit untuk sampai ke halaman kampung Lan. Seperti yang dikatakan, Lan cakap tak nak tidur dalam perjalanan itu semata-mata untuk menemani saya memandu. Akhirnya, dapat juga Lan berbuat demikian. Tapi, saya tahu Lan memang mengantuk masa itu.
(Sahaja nak pendekkan cerita, saya cuba kongsi jer semua hasil gambar-gambar yang saya ambil masa raya bersama Lan jer)...
1) Buat pertama kalinya saya berbaju Melayu pada hari raya pertama dan ikut Lan beraya di rumah saudara dan kawan-kawannya! hehe... Rasa bangga pula tapi adalah malu-malu sikit mula-mulanya. Lama-lama OK juga lah dan baju itu warna kegemaran saya! haha... komen sikit boleh tak?

2) Di Batu Layar bersama Lan selepas mandi pantai pada hari raya ketiga... Best sangat permandangan di situ! Suka arr....
3) Masa menikmati kelapa muda yang dipetik dan dikopek oleh Lan dengan PARANG! hehe... Sedap sangat... Nampak pakar jer Lan membukanya!

4) Ini lah kuih raya yang keluarga Lan bagi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Banyak sangat ni... Semuanya sedap sangat-sangat! Terima kasih, keluarga Lan!
** Sebenarnya, ada banyak lagi gambar-gambar terutama shoting di Tanjung Kapal yang tak sempat saya nak uploadkan di sini sebab internet ada problem jer... huhu... HARAP MAAF tak dapat kongsi banyak-banyak dekat sini!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk SEMUA KENALAN SAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN!
Thursday, September 10, 2009
1 Malaysia 31082009 jln2 cari makan @ Melaka!!!
Pada kemerdekaan Malaysia yg ke-52 ini, sambutan tahun ini di ibu kota KL amat dingin sebab diserang influanza A (H1N1). Pihak kerajaan tidak menggalakkan menghimpunkan org ramai untuk mencegah penyebaran penyakit tersebut semata-matanya. Harap maklum lah, hari itu adalah cuti umum seluruh Malaysia, jadi cuti-cuti Malaysia memanglah kegemaran saya sebab saya adalah seorang yang suka melancong dan menerokai dunia baru. Daripada perancangan awal-awal saya nak pergi Bukit Tinggi, Pahang dengan seorang yang amat rapat dengan saya buat masa kini, Roslan namanya atau Lan jer.
Tetapi, atas cadangan dia yang lain, Melaka lah yang kita pilih sebab sebelum ini telah menjanjikan dengan dia. So, pada hari tersebut kita bertolak seawal 9.30 pagi dari KL, sampai exit tol Ayer Keroh dalam 10.30 pagi. Sejam sahaja perjalanan kita sampai Bandar Bersejarah, Melaka. Cepatkan? Sebab mungkin ada perasaan nak sampai cepat ke destinasi kita kot... hehe...

Selepas itu, kita berdua pun berjalan kaki ke kedai-kedai depan muzium untuk mencari baju kenangan Melaka, dapat juga saya beli dua helai untuk adik Lan. hehe... Kemudiannya, kita pun bergerak ke Christ Church bawah matahari yang terik sambil basah badan.
Akhirnya, kita sampai juga di Jalan Merdeka pada hari merdeka ini... memang kebetulan sungguh! Di hadapan Church ini, amat meriah sekali. Terdapat ramai penunggang beca yang sedang menunggu penumpang (tidak kesampaian untuk menaiki beca), ular sawa untuk dipeluk, kedai-kedai menjual barang cenderamata. Dekat sana, kita pun cari lah baju kenangan kita berdua. Lan telah pilih I see, I feel, I enjoy! Saya pula E=MC2... dengan harga dua helai RM50 selepas kepandaian saya untuk tawar-menawar dengan bos itu bukan pekerjanya. hehe.
Destinasi seterusnya kita pun berjalan kaki ke Kota A' Famosa yang berada di agak jauh.
Dalam masa persekolahan, banyak pula tengok gambar kota itu tapi belum sempat lagi bergambar depan kota itu. Sekarang hasrat pun dah kesampaian. huhu...
Agak memenatkan juga untuk memanjat tangga yang amat banyak semata-mata nak naik ke atas bukit itu untuk tengok permandangan dan kubur (harap maklum lah kita berdua berpuasa). Terdapat banyak pelukis yang taulan berniaga untuk menjual hasil karya mereka yang sangat menarik sampai kita berdua rasa kagum dengan pelukis tersebut. Pemandangan di atas bukit tersebut agak menarik juga, sebab dapat melihat Menara Berputar (malangnya Lan tak bagi naik), Eyes on Malaysia, bandar Melaka, dan Selat Melaka. Tapi, ambil gambar untuk jadi kenangan pun dah cukup lah... hehe...
Tetapi, atas cadangan dia yang lain, Melaka lah yang kita pilih sebab sebelum ini telah menjanjikan dengan dia. So, pada hari tersebut kita bertolak seawal 9.30 pagi dari KL, sampai exit tol Ayer Keroh dalam 10.30 pagi. Sejam sahaja perjalanan kita sampai Bandar Bersejarah, Melaka. Cepatkan? Sebab mungkin ada perasaan nak sampai cepat ke destinasi kita kot... hehe... Sebaik sahaja sampai di Bandar Bersejarah Melaka, kita pun pusing-pusing dekat situ semata-mata nak cari tempat pelancongan. Agak lama kita pusing sebab tak berapa tahu jalannya. Tapi mujurnya kita dapat cari juga dan ini lah destinasi pertama kita kunjungi - Muzium Samudera!
Dengan bayaran sebanyak RM 3 untuk dewasa, kita pun dapat tiket masuk untuk mengunjunginya. Tapi masa itu jurutiket itu menghulurkan seorang satu plastik, dan kita pun tertanya-tanya untuk apa plastik bag itu? Rupanya, ia adalah untuk simpan kasut kita sebelum menjejaki masuk muzium itu. Ingat lagi pada masa itu mulalah Lan membuat bising sebab takut kasutnya yang baru beli seri menawan itu hilang pula. Saya pun cari tempat yang paling selamat untuk dia simpan hartanya yang tersayang. Harap maklumlah, Melaka adalah bandar bersejarah, jadi dalam muzium ini menggambarkan semua alkisah dan sejarah kejatuhan Melaka kepada Portugis. Ramai tokoh-tokoh yang terkemuka telah diperkenalkan. Amat sesuai untuk budak sekolah mengunjungi tempat ini. Sempat lagi kita berdua mengambil gambar-gambar di situ tanpa bantuan orang lain sebab pakai timer kamera. hehe...

Dan ini gambar berseorangan pula yang diambil oleh jurugambar profesional Lan. yahooo...
Selepas itu, kita berdua pun berjalan kaki ke kedai-kedai depan muzium untuk mencari baju kenangan Melaka, dapat juga saya beli dua helai untuk adik Lan. hehe... Kemudiannya, kita pun bergerak ke Christ Church bawah matahari yang terik sambil basah badan.
Akhirnya, kita sampai juga di Jalan Merdeka pada hari merdeka ini... memang kebetulan sungguh! Di hadapan Church ini, amat meriah sekali. Terdapat ramai penunggang beca yang sedang menunggu penumpang (tidak kesampaian untuk menaiki beca), ular sawa untuk dipeluk, kedai-kedai menjual barang cenderamata. Dekat sana, kita pun cari lah baju kenangan kita berdua. Lan telah pilih I see, I feel, I enjoy! Saya pula E=MC2... dengan harga dua helai RM50 selepas kepandaian saya untuk tawar-menawar dengan bos itu bukan pekerjanya. hehe. Destinasi seterusnya kita pun berjalan kaki ke Kota A' Famosa yang berada di agak jauh.
Dalam masa persekolahan, banyak pula tengok gambar kota itu tapi belum sempat lagi bergambar depan kota itu. Sekarang hasrat pun dah kesampaian. huhu...
Agak memenatkan juga untuk memanjat tangga yang amat banyak semata-mata nak naik ke atas bukit itu untuk tengok permandangan dan kubur (harap maklum lah kita berdua berpuasa). Terdapat banyak pelukis yang taulan berniaga untuk menjual hasil karya mereka yang sangat menarik sampai kita berdua rasa kagum dengan pelukis tersebut. Pemandangan di atas bukit tersebut agak menarik juga, sebab dapat melihat Menara Berputar (malangnya Lan tak bagi naik), Eyes on Malaysia, bandar Melaka, dan Selat Melaka. Tapi, ambil gambar untuk jadi kenangan pun dah cukup lah... hehe...
Lepas itu, kita pun bergerak ke Dataran Pahlawan
semata-mata nak cari kedai Big Apple untuk membeli donut kegemaran kita berdua. hehe... Selepas berpusing satu bangunan dan tanya orang yang bekerja dekat kaunter baru lah kita dapat cari! Nak buat aduan sikit lah, shopping centre sebesar itu tak ada peta langsung... Teruk tak? Sampai kita berdua sesat jer dalam tu. Inilah donut yang kita dapat beli, tapi malang tak berbau, sampai rumah donut itu dah cair semuanya... Lan pun membuat aduan juga. Kesian-kesian tapi boleh dimakan juga lah.
Dalam pukul 3.30 petang, kita pun balik ke KL sudah...
semata-mata nak cari kedai Big Apple untuk membeli donut kegemaran kita berdua. hehe... Selepas berpusing satu bangunan dan tanya orang yang bekerja dekat kaunter baru lah kita dapat cari! Nak buat aduan sikit lah, shopping centre sebesar itu tak ada peta langsung... Teruk tak? Sampai kita berdua sesat jer dalam tu. Inilah donut yang kita dapat beli, tapi malang tak berbau, sampai rumah donut itu dah cair semuanya... Lan pun membuat aduan juga. Kesian-kesian tapi boleh dimakan juga lah.
Dalam pukul 3.30 petang, kita pun balik ke KL sudah... Dalam trip ini, saya rasa amat menggembirakan sebab dapat jalan-jalan dengan Lan dan mengunjungi tempat yang sudah lama saya tak pergi. Kenangan yang indah telah Lan bagikan dekat saya buat seumur hidup ini sehingga gambar yang kita ambil telah hampir mencecah 250 keping. Thanks a lot Lan... sayang Lan! mmuah... hahahah...
Subscribe to:
Posts (Atom)