Hari ini tertiba ingat akan detik-detik semasa kerja dan lawatan di Korea Selatan pada hujung bulan Oktober 2010 (sebab itu gambar di blog bertukar seketika)... hehe
Memori-memori yang dikenang:-
1. Makanan
2. Orang Tempatan
3. Pengangkutan - KTX Train dan bus awam
4. Tempat Pelancongan
5. Hotel Penginapan
6. Cenderamata
7. Cuaca.
8. Dll.
Harap maklum ini adalah kali ketiga pijak kaki di luar negara iaitu Singapura (masa darjah 5 & 6), Taiwan (2008), dan Korea (2010). Destinasi seterusnya tidak tahu lagi kerana tiada perancangan yang diketahui lagi. Cuaca sejuk/salji yang bakal menjelang di Korea cukup mencabar ketahanan fizikal saya pada masa itu. Masih ingat lagi ada satu hari adalah bawah 8 deg C dan tubuhku hampir membeku apabila berjalan di luar tambahan pula angin kencang yang tiup sering menemani. Kejadian ini membuatku terpaksa menelefon keluarga yang berjauhan itu untuk mengadu atas keadaan itu dan tidak bertahan lagi. Rasanya kalau musim sejuk atau salji, saya yakin tidak mampu bertahan dan sesuaikan diri walaupun sehari... Huhu... Pengalaman baru yang betul-betul mencabar naluri, fizikal, mental, dan emosi diri!
Friday, February 4, 2011
Friday, January 28, 2011
Kesakitan sendi & otot!
Dua tiga hari mengalami kesakitan sendi dan otot seluruh badan yang amat sangat. Sehingga batuk-batuk, gelak tawa, naik tangga, dan pergerakan besar pun tak boleh. Tahu tak apa puncanya? jeng3....
Ini berpunca daripada bermain badminton atas jemputan kawan di Keramat AU5 pada hari Rabu yang lalu. Kita bermain secara beregu dari pukul 10 malam hingga 12 pagi selama 2 jam.
Dalam permainan, pelbagai gelaran telah saya dengar seperti Yap Kim Hock, Lee Chong Wei dan lain-lain. Ini mungkin gara-gara daripada setiap pasangan beregu yang berlawan dengan kita akan kalah tidak kira saya berpasangan dengan siapa pun. Saya nak jelaskan sebenarnya saya tak sehebat mana pun.
Kalau urut dekat bahagian yang sakit, mesti rasa sedap sangat! Tertidur pun akan jadi segar semula... hehe... Anda setuju tak?

Monday, January 24, 2011
Special Day!
Hari ini berlainan dengan hari yang lain kerana saya telah lakarkan sejarah baru dalam hidupku. Saya akan hargainya selagi yang mampu! Tidak akan kurang walau sedikit pun melainkan semakin tambah!
Friday, January 21, 2011
Tidak seperti dulu lagi... Semuanya telah berubah!
Inilah tajuk facebook saya hari ini...
Mungkin saya fikir terlalu banyak...
Kadang-kala kekeliruan inilah muncul secara tiba-tiba...
Kurang pasti dan yakin sudah...
Yang penting saya dalam keadaan kurang selesa secara bersendirian...
Mungkin saya fikir terlalu banyak...
Kadang-kala kekeliruan inilah muncul secara tiba-tiba...
Kurang pasti dan yakin sudah...
Yang penting saya dalam keadaan kurang selesa secara bersendirian...
Wednesday, January 19, 2011
Bengang!
Mood hari ini hancur serta-merta...
Apa salah aku lagi ni? Layan baik pun tak ada yang hargai dan sebaliknya dijadikan kesilapan kita pula.
Malas sungguh nak layan lain kali.
Apa salah aku lagi ni? Layan baik pun tak ada yang hargai dan sebaliknya dijadikan kesilapan kita pula.
Malas sungguh nak layan lain kali.
Amat sedih....
Sampai bila anda nak menipu diri ini?
Bukannya pertama kali pun dan anda tak serik-serik juga.
Apa yang anda carikan sebenarnya?
Adakah diri ini tidak cukup baik sehingga anda sanggup melakukan semua ini?
Bukannya pertama kali pun dan anda tak serik-serik juga.
Apa yang anda carikan sebenarnya?
Adakah diri ini tidak cukup baik sehingga anda sanggup melakukan semua ini?
Hati kurang sedap...

Kenapa aku yang harus dijadikan sasaran anda untuk menengking dan marah?
Kenapa anda harus sentiasa meninggikan suara kepadaku?
Apakah aku selalu membuat kesilapan sehingga demikian jadinya layananmu?
Apakah kesabaranmu makin berkurangan kebelakangan ini?
Walaupun aku tak melawan apa-apa, tetapi hati ini terasa dan menangis di dalamnya.
Hanya kesabaran diberikan dan mendiamkan diri menjadi pilihan utamaku.
Minta maaf-maaf segalanya yang berlaku dan telah menguji kesabaranmu. Semua ini adalah tidak disengajakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)