Monday, August 22, 2011

I GONNA BE MISSED YOU EVERYTIME EVERYWHERE! PROMISE!

P.E.R.G.I

Kalau saya pergi dahulu daripada sesiapa pun, ingat jangan titiskan air mata untuk saya walaupun setitis pun! Inilah hajat saya... Maaf buat semua yang pernah menyayangi diri ini... Saya akan doakan anda semua supaya sihat bahagia. Inilah yang saya mampu lakukan...

N.Y.A.W.A

Jika ini ujian yang tuhan berikan, saya sanggup gadaikan nyawa untuk segalanya demi anda...

Baju Raya Merah...

Baju raya bertemakan warna merah mungkin saya tidak berkesempatan untuk memakainya sama-sama jika tiada kemaafan diberikan olehmu... Mohon jutaan maaf di sini...

Untukmu...

Jika esok saya dalam keadaan koma, fikiranku adalahmu.
Jika esok saya dalam hembusan terakhir, titisan air mata tetap buatmu.
Jika esok saya berada dalam tenak, hanya namamu akan disebut.
Jika esok saya berada di tempat jauh, hati ni tetap milikmu!

Wednesday, February 9, 2011

Layang-layang terus melayang!

Saya bagaikan layang-layang yang putus benangnya dan jatuh tanpa arah!
Hidup ini memang penuh dengan cabaran, tujuan, makna, maklamat, dan sebagainya.
Tapi jujurnya saya tidak berdaya lagi untuk mengharungi semua ini.
Semakin hari saya rasa semakin lemah. Apa tandanya?

Apapun, harap anda semua dapat hidup dengan sempurna dan lakarkan hidup anda dengan warna-warni serta kebahagiaan tapi bukan untuk saya.

GOOD LUCK!

Friday, February 4, 2011

Salah satu Memori 2010

Hari ini tertiba ingat akan detik-detik semasa kerja dan lawatan di Korea Selatan pada hujung bulan Oktober 2010 (sebab itu gambar di blog bertukar seketika)... hehe

Memori-memori yang dikenang:-
1. Makanan
2. Orang Tempatan
3. Pengangkutan - KTX Train dan bus awam
4. Tempat Pelancongan
5. Hotel Penginapan
6. Cenderamata
7. Cuaca.
8. Dll.

Harap maklum ini adalah kali ketiga pijak kaki di luar negara iaitu Singapura (masa darjah 5 & 6), Taiwan (2008), dan Korea (2010). Destinasi seterusnya tidak tahu lagi kerana tiada perancangan yang diketahui lagi. Cuaca sejuk/salji yang bakal menjelang di Korea cukup mencabar ketahanan fizikal saya pada masa itu. Masih ingat lagi ada satu hari adalah bawah 8 deg C dan tubuhku hampir membeku apabila berjalan di luar tambahan pula angin kencang yang tiup sering menemani. Kejadian ini membuatku terpaksa menelefon keluarga yang berjauhan itu untuk mengadu atas keadaan itu dan tidak bertahan lagi. Rasanya kalau musim sejuk atau salji, saya yakin tidak mampu bertahan dan sesuaikan diri walaupun sehari... Huhu... Pengalaman baru yang betul-betul mencabar naluri, fizikal, mental, dan emosi diri!