
Monday, October 5, 2009
What Does Your Birth Date Mean?- Result

Monday, September 28, 2009
CRAZY LIFE FACTS!

- Since you were born has passed 24 years.
- Since you were born has passed 291 months.
- Since you were born has passed 1,265 weeks.
- Since you were born has passed 8,865 days.
- Since you were born has passed 212,778 hours.
- Since you were born has passed 12,766,670 minutes.
- Since you were born has passed 766,000,174 seconds.
- Your heart beat 1,021,078,232 times.
- Your hair grewn 364 cm.
- You slept 70,920 hours.
- You ate 9,840 kg. of food.
- You drank 12,597 liters of liquid.
- You walked 51,417,000 steps, about 17,092 km.
- You blinked 136,166,400 times.
- You farted 132,975 times, producing 399 liters of CO2 (carbon dioxide) and 310 liters of CH4 (methane).
- You urinated 30,141 times, almost 12,854 liters.
Friday, September 25, 2009
Menyambut Hari Raya di Penggerang, Johor!
Raya tahun ini disambut dengan cara yang amat berbeza sekali. Sebab apa? Sebab akhirnya saya dapat juga rasakan hidup di kampung. Harap maklumlah, saya ini memang asal dari Kuala Lumpur. Jadi, selama ini tak ada peluang lagi untuk saya berada di kampung selama 5 hari ini. Ini telah memberikan saya satu pengalaman baru dan luar biasa dalam hidup saya ini. Semua ini adalah atas jasa baik Roslan bin Daud, kawan baik saya! Alkisahnya seperti berikut:-
Pada hari Jumaat bersamaan 18 September 2009 (Ramadhan 28), saya dan Lan pun bertolak ke halaman kampungnya di Penggerang, Johor dalam jam 8.20 malam dari Kuala Lumpur dengan hidangan KFC yang sedap-sedap belaka dijadikan juadah berbuka hari itu. Ingat lagi, masa itu Kuala Lumpur masih hujan yang agak kuat tapi kita berjalan juga menghala ke Johor. Nasib baik lengang saje di Tol Sungai Besi, tak seperti yang dijangkan. Bagus sangat-sangat. Dalam perjalanan itu, kita ditemani dengan lagu-lagu raya yang direkodkan dalam CD. Semestinya lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad di dijadikan lagu pilihan begitu juga lagu-lagu raya daripada Siti Nurhaliza.
Kita mengambil masa selama 4 jam 30 minit untuk sampai ke halaman kampung Lan. Seperti yang dikatakan, Lan cakap tak nak tidur dalam perjalanan itu semata-mata untuk menemani saya memandu. Akhirnya, dapat juga Lan berbuat demikian. Tapi, saya tahu Lan memang mengantuk masa itu.
(Sahaja nak pendekkan cerita, saya cuba kongsi jer semua hasil gambar-gambar yang saya ambil masa raya bersama Lan jer)...
1) Buat pertama kalinya saya berbaju Melayu pada hari raya pertama dan ikut Lan beraya di rumah saudara dan kawan-kawannya! hehe... Rasa bangga pula tapi adalah malu-malu sikit mula-mulanya. Lama-lama OK juga lah dan baju itu warna kegemaran saya! haha... komen sikit boleh tak? 
2) Di Batu Layar bersama Lan selepas mandi pantai pada hari raya ketiga... Best sangat permandangan di situ! Suka arr....
3) Masa menikmati kelapa muda yang dipetik dan dikopek oleh Lan dengan PARANG! hehe... Sedap sangat... Nampak pakar jer Lan membukanya!


4) Ini lah kuih raya yang keluarga Lan bagi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Banyak sangat ni... Semuanya sedap sangat-sangat! Terima kasih, keluarga Lan!
** Sebenarnya, ada banyak lagi gambar-gambar terutama shoting di Tanjung Kapal yang tak sempat saya nak uploadkan di sini sebab internet ada problem jer... huhu... HARAP MAAF tak dapat kongsi banyak-banyak dekat sini!
Saturday, September 12, 2009
Tembikai
Di sebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik,magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Pada masa kini, tembikai merupakan antara buah yang menjadi pilihan penggemar jus dan menjadi salah satu menu atau resipi wajib di kebanyakan restoran.Kandungannya yang kaya air memberi kesegaran terutama apabila dinikmati pada siang hari dengan cuaca yang panas. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Buah tembikai bukan sekadar enak dimakan malah juga mempunyai kelebihan dari sudut kecantikan untuk mengembalikan kesegaran dan keserian wajah. Nak tahu caranya?
BAHAN-BAHAN:
a. sepotong buah tembikai.
b. 1 sudu madu.
c. 1 sudu air limau nipis.
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji tembikai dan ramas isinya.
2. Tambahkan dengan madu dan limau nipis. Gaul sebati.
3. Bersihkan wajah terlebih dahulu. kemudian sapukan ramuan tembikai tadi pada wajah.
4. Biarkan selama 15 minit sebelum dibasuh dengan bersih.
Sesiapa yang nak cuba cara ini amatlah dialu-alukan kerana kosnya yang murah berbanding dengan mendapat rawatan di kedai-kedai persolekan atau perawatan muka yang menjual produk serta servis yang mahal-mahal gila. Jadi, kepada sesiapa yang dah cuba tolong komen lah sama ada cara ini berkesan atau tidak! Terima kasih!
Friday, September 11, 2009
Cinta dekat VS Cinta Jauh

Bagi pendapat saya, cinta jauh memang mendatangkan satu perasaan rindu yang amat sukar untuk diungkapkan dalam perkataan! Susah sangat kita nak terangkan melainkan kita mengalaminya! Maaflah, bagi saya kes bertengkar antara pasangan boleh berlaku di mana sahaja dan bila sahaja, tidak kena-mengena dengan cinta jauh ker dekat! Mungkin sesetengah pasangan akan mengalami kecurangan atau main kayu dua dalam percintaan jarak jauh mereka disebabkan oleh kekurangan kawalan antara pasangan! Inilah masanya untuk menguji betapa utuhnya cinta pasangan tersebut, kesetiaan pasangan itu, dan sebagainya! Jadi, harap-harap semua pasangan yang jatuh dalam golongan cinta jarak jauh ini dapat juga bahagia seperti cinta jarak dekat sebab kurang berjumpa.

Bagi cinta jarak dekat pula, memanglah pertengkaran akan berlaku lebih kerap berbanding dengan cinta jarak jauh disebabkan frekuensi perjumpaan mereka adalah lebih banyak. Jadi, harap bersabarlah kepada pasangan anda jika anda berada di golongan cinta jarak dekat... huhu...
Jadi, apa pendapat anda terhadap topik ini?
1st time masuk wad sejak lahir!
Agak sakit perasaan itu tapi saya menahan jer, apa boleh buat kan? huhu...

Dalam pukul 3 petang, saya pun pulang ke rumah dah...
Pengajarannya: Kesihatan kita amatlah penting bukannya hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang yang kesayangan kita juga! Jadi kenalah kita jaga kesihatan sendiri elok-elok, usahlah biar orang yang kita sayang dan rapat risau dekat kita! KESIHATAN ADALAH ASET YANG PALING PENTING DALAM HIDUP KITA! BUKANNYA WANG, RUMAH, KERETA... SEBAB KESIHATAN YANG BAIK TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN APA-APA PUN! Renung-renungkan, selamat beramah!
Thursday, September 10, 2009
1 Malaysia 31082009 jln2 cari makan @ Melaka!!!
Tetapi, atas cadangan dia yang lain, Melaka lah yang kita pilih sebab sebelum ini telah menjanjikan dengan dia. So, pada hari tersebut kita bertolak seawal 9.30 pagi dari KL, sampai exit tol Ayer Keroh dalam 10.30 pagi. Sejam sahaja perjalanan kita sampai Bandar Bersejarah, Melaka. Cepatkan? Sebab mungkin ada perasaan nak sampai cepat ke destinasi kita kot... hehe...
Dengan bayaran sebanyak RM 3 untuk dewasa, kita pun dapat tiket masuk untuk mengunjunginya. Tapi masa itu jurutiket itu menghulurkan seorang satu plastik, dan kita pun tertanya-tanya untuk apa plastik bag itu? Rupanya, ia adalah untuk simpan kasut kita sebelum menjejaki masuk muzium itu. Ingat lagi pada masa itu mulalah Lan membuat bising sebab takut kasutnya yang baru beli seri menawan itu hilang pula. Saya pun cari tempat yang paling selamat untuk dia simpan hartanya yang tersayang. Harap maklumlah, Melaka adalah bandar bersejarah, jadi dalam muzium ini menggambarkan semua alkisah dan sejarah kejatuhan Melaka kepada Portugis. Ramai tokoh-tokoh yang terkemuka telah diperkenalkan. Amat sesuai untuk budak sekolah mengunjungi tempat ini. Sempat lagi kita berdua mengambil gambar-gambar di situ tanpa bantuan orang lain sebab pakai timer kamera. hehe...

Selepas itu, kita berdua pun berjalan kaki ke kedai-kedai depan muzium untuk mencari baju kenangan Melaka, dapat juga saya beli dua helai untuk adik Lan. hehe... Kemudiannya, kita pun bergerak ke Christ Church bawah matahari yang terik sambil basah badan.
Akhirnya, kita sampai juga di Jalan Merdeka pada hari merdeka ini... memang kebetulan sungguh! Di hadapan Church ini, amat meriah sekali. Terdapat ramai penunggang beca yang sedang menunggu penumpang (tidak kesampaian untuk menaiki beca), ular sawa untuk dipeluk, kedai-kedai menjual barang cenderamata. Dekat sana, kita pun cari lah baju kenangan kita berdua. Lan telah pilih I see, I feel, I enjoy! Saya pula E=MC2... dengan harga dua helai RM50 selepas kepandaian saya untuk tawar-menawar dengan bos itu bukan pekerjanya. hehe. Destinasi seterusnya kita pun berjalan kaki ke Kota A' Famosa yang berada di agak jauh.
Dalam masa persekolahan, banyak pula tengok gambar kota itu tapi belum sempat lagi bergambar depan kota itu. Sekarang hasrat pun dah kesampaian. huhu...
Agak memenatkan juga untuk memanjat tangga yang amat banyak semata-mata nak naik ke atas bukit itu untuk tengok permandangan dan kubur (harap maklum lah kita berdua berpuasa). Terdapat banyak pelukis yang taulan berniaga untuk menjual hasil karya mereka yang sangat menarik sampai kita berdua rasa kagum dengan pelukis tersebut. Pemandangan di atas bukit tersebut agak menarik juga, sebab dapat melihat Menara Berputar (malangnya Lan tak bagi naik), Eyes on Malaysia, bandar Melaka, dan Selat Melaka. Tapi, ambil gambar untuk jadi kenangan pun dah cukup lah... hehe...
semata-mata nak cari kedai Big Apple untuk membeli donut kegemaran kita berdua. hehe... Selepas berpusing satu bangunan dan tanya orang yang bekerja dekat kaunter baru lah kita dapat cari! Nak buat aduan sikit lah, shopping centre sebesar itu tak ada peta langsung... Teruk tak? Sampai kita berdua sesat jer dalam tu. Inilah donut yang kita dapat beli, tapi malang tak berbau, sampai rumah donut itu dah cair semuanya... Lan pun membuat aduan juga. Kesian-kesian tapi boleh dimakan juga lah.
Dalam pukul 3.30 petang, kita pun balik ke KL sudah... 



